Wednesday, 15 February 2012

Pilihan Tenaga ke arah masa depan yang Lestari


Definisi tenaga ialah daya atau mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu dan tidak dapat diciptakan atau dimusnahkan. Jadi oleh itu sumber tenaga adalah 100% daripada alam semesta dan cara mengekalkan sumber tenaga ini ialah dengan mewujudkan alam sekitar yang lestari.
            Penggunaan tenaga di seluruh dunia telah berkembang. Ia telah meningkat tiga kali ganda semasa abad yang lalu dan trend semasa penggunaan tenaga global menjadi tidak mapan. Cara memulihara sumber tenaga dengan menyokong "Tenaga Lestari"  yang dihasilkan dan digunakan dengan cara yang boleh menyokong pembangunan manusia dalam jangka panjang dan merangkumi dimensi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

            Kerajaan malaysia wajib menggunakan sumber tenaga hijau bebas plumbum setelah tidak lagi menggunakan petrol berplumbum di semua stesen minyak dengan menumpukan usaha menggunakan tenaga dan teknologi hijau dalam erti kata sebenar.

 Dr. Jose Goldemberg dalam tulisannya yang bertajuk “Energy Choices Toward A Sustainable Future” menyenaraikan empat kriteria utama yang perlu diambil kira untuk sesuatu sumber tenaga itu diiktiraf sebagai sumber tenaga lestari.

Pertama dari sudut fizikal, yakni ia mestilah mempunyai jaminan bekalan tenaga yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masa kini dan akan datang. Kriteria yang kedua ialah dalam konteks impaknya terhadap alam sekitar. Sejauh mana sesuatu sumber tenaga itu dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar perlu diambil perhatian.. Sesuatu tenaga itu juga mestilah tidak menimbulkan dan menambah bebanan terhadap masalah alam sekitar yang sedang melanda dunia pada masa kini, seperti pemanasan global dan perubahan iklim.

Kriteria ketiga ialah penggunaan sumber tenaga yang dianggap lestari, seharusnya tidak mencetuskan sebarang ketegangan diantara wilayah dan negara. Ia mestilah jauh daripada sebarang risiko keselamatan dan tidak mencetuskan sebarang konflik. Kriteria keempat bagi sumber tenaga lestari harus dilihat dalam konteks kesaksamaan ataupun keadilan sosial. Dimana sumber tenaga ini hendaklah mampu diakses oleh semua peringkat masyarakat.

Sejajar dengan usaha untuk membangunkan tenaga lestari seluruh dunia wajib mengurangkan pergantungan kepada penggunaan bahan api fosil. Usaha inovasi harus dilakukan dengan bersungguh – sungguh untuk memastikan sumber tenaga lestari dapat dibangunkan sesuai untuk keperluan generasi kini dan akan datang. Hal ini menuntut untuk para penggubal dasar, ahli ekonomi, jurutera dan saintis berganding bahu melipatgandakan usaha bagi menjayakan aktiviti rekacipta dan inovasi untuk sumber tenaga lestari.

Sumber rujukan:
 
  1. http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6587:malaysia-wajib-lestari-tenaga-hijau&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
  2. http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kempen/757-tahun-2012-tahun-antarabangsa-untuk-penggunaan-tenaga-secara-lestari-untuk-semua
  3. http://teknologialam.blogspot.com/2009/08/tenaga-lestari-rekacipta-dan-inovasi.html
  4. http://eco-schools.wwf.org.my/index.cfm?&menuid=12
                                                                                                                                        Disediakan oleh:
                                                                                                                                          Hafizah Fateen


No comments:

Post a Comment