Wednesday 29 February 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. CALMAcrews merupakan nama satu kumpulan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Matematik Ambilan Januari 2010 di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Atas dasar sokongan terhadap pembangunan, kemajuan dan kelestarian IPG, kami mengambil inisiatif untuk membina sebuah blog iaitu IPGK Gaya Lestari bertujuan untuk memberikan seberapa banyak maklumat mengenai Program Lestari anjuran institut ini secara amnya dan menyebarkan maklumat secara khasnya. Maklumat tidak tertumpu kepada penulisan ilmiah semata-mata tetapi juga apa sahaja aktiviti terkini berkaitan program Lestari IPG yang sedang giat dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 


Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli CALMAcrews yang terdiri daripada:
 
  1.     Nur Afiqah binti Azhar
  2.     Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
  3.     Mas Afiezul Zarien bin Masnon
  4.     Siti Nurul Amalina binti Mahian @ Nordin
  5.     Nurhafizah Fatin binti Mohd Hamsan

     Berikut adalah sedikit maklumat mengenai IPG Lestari (Eco-Institute) :

     Program Eco-School telah dilancarkan pada tahun 1994 oleh Yayasan Pendidikan Alam Sekitar (FEE). Kini pelaksanaan Eco-School telah merangkumi di lebih dari 35 000 buah sekolah di seluruh dunia (pada Disember 2009).
     Dengan kerjasama IPGM dan WWF Malaysia, program IPG Lestari (Eco-Institute) telah dilaksanakan di semua IPG Kampus dengan mengadaptasi program Eco-School tersebut. program IPG Lestari berperanan dalam menggerakkan seluruh warga kampus dalam memberi pendedahan kepada para bakal pendidik untuk memainkan peranan yang aktif dalam membuat keputusan dan dalam komuniti kampus. IPG Kampus yang berjaya mencapai matlamat tersebut akan dianugerahkan Green Flag (Bendera Hijau)- satu Eco-Label yang berprestij yang dianugerahkan kepada IPG yang komited dalam pengalaman gaya hidup lestari yang berterusan.

Video Pengenalan IPG Lestari

* (Ini adalah 'sticky post'. Sila turun ke bawah untuk maklumat terkini)

No comments:

Post a Comment