Wednesday, 15 February 2012

Tanggungjawab kita terhadap biodiversiti dan Alam Sekitar

              Persoalan yang selalu kita kupas, tetapi tidak pernah diambil peduli oleh masyarakat. Biodiversiti dan alam sekitar serta tanggunjawab kita. Pernahkah kita terfikir apa yang selama ini kita lakukan kepada bumi kita? pernahkah kita menyumbang sesuatu kepada bumi kita? apakah pernah kita terfikir kesan yang timbul kepada anak cucu kita pada amsa hadapan?

           Pada tahun 1992, seramai 159 buah negara telah mengikuti Earth Summit yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil bertujuan  untuk turut sama terlibat dalam usaha memelihara kepelbagaian tumbuhan dan haiwan. Hasil daripada usaha itu kita sebenarnya melihat begitu ramai negara menyedari bahawa dunia kita sudah terlalu tenat. Namun persoalannya, adakah usaha negara berbaloi sekiranya penduduknya sendiri enggan bertanggungjawab dalam membantu memelihara dan memulihara alam sekitar?

       Kenapa biodiversiti mempengaruhi kita dalam banyak cara

       sila lihat kepentingannya di bawah:

  •         Kita bergantung sepenuhnya pada persekitaran yang sesuai untuk hidup, daripada makanan hinggalah kepada ubat-ubatan. Bagaimana kita boleh hidup jika keadaan yang kering -kontang, banjir kilat dan sebagainya?
  •  Kajian menunjukkan bahawa alam sekitar yang baik mempengaruhi kesihatan dan keadaan masyarakat. Bandingkan keadaan kering -kontang di negara-negara Afrika, bandingkan ribut taufan yang sering melanda  beberapa kawasan di Amerika Syarikat, bayangkan keadaan gempa bumi di negara Jepun. adakah ianya selamat dan sesuai untuk manusia hidup?
  • Ruang hijau adalah polisi insurans kita yang terbaik untuk menentang kesan perubahan klimaks. Pokok, atap yang  tidak menyerap haba dan sebagainya mampu menyejukkan suhu di kawasan urban dan kawalan yang baik boleh mengurangkan pelbagai risiko yang tidak diingini.

     Penulis ingin mengambil contoh beberaa kawasan di sekitar Kota Kinabalu, adakah anda cukup berpuas hati dengan persekitaran daerah kita ini? Lihat sahaja kawasan seperti perumahan setinggan di Sembulan, ataupun lihat sahaja kebersihan yang boleh dipertikaikan di sekitar kawasan pusat makanan seperti di Pasar Malam Filifina, kita pasti menggeleng kepala. tetapi adakah kita turut membantu? Mungkin ramai mengatakan iya, tetapi tidak kurang juga segelintir manusia yang masih belum dipupuk tentang kesedaran untuk melihat kota raya kita ini bersih dan seimbang

 

     Gambar yang sempat penulis rakamkan sewaktu singgah ke Teluk Likas. Begitu sayu hati melihat tergamaknya golongan-golongan yang tidak mempedulikan kebersihan pantai kita.. Adakah ini yang kita ingin lihatkan kepada pelancong tentang keindahan tempat kita??

     Bayangkan  apakah agaknya yang terjadi untuk 20-30 tahun akan datang ?? adakah generasi akan datang mampu mampu hidup dalam kedaan begini?? Renung-renungkan





        Gambar di atas menunjukkan apa yang telah berlaku kesan daripada ribut angin taufan yang datang dari Filipina dan telah melanda beberapa kawasan di Kota Kinabalu termasuklah kawasan institut sendiri. Banyak harta benda yang musnah, kanopi yang patah, pokok yang tumbang. Mungkin kita hanya menganggap ini ialah fenomena 'mother nature' dan mungkin tidak mempengaruhi tetapi anda harus ingat, benda yang kecil sebegini (pada fikiran andalah) yang akhirnya akan menjadi besar dan perkara ini juga kita perlu ingat bahawa ianya terjadi akibat ketamatakan manusia mengejar arus pemodenan.

   Tanpa kita sedar, perubahan fenomena cuaca yang tidak menentu masa kini semakin hari semakin meruncing. Suhu dunia semangkin meningkat, paras air laut meningkat angkara kutub yang semakin mencair. Jika kita tidak berusaha pada masa sekarang, besar kemungkinan bumi yang semakin tua ini tidak akan mampu lagi menahan rakusnya sikap manusia.


Alangkah indahnya jika cantiknya hutan kita ini
masih mampu dilihat oleh anak-anak 
kita pada masa hadapan

Sumber Rujukan





Penulisan dan sumber gambar
Mas Afiezul Zarien bin Masnon




No comments:

Post a Comment