sumber: google
Climate
Change atau dalam bahasa melayu, Perubahan
Iklim bukanlah satu isu baru bagi seluruh manusia di dalam dunia ini. Jika
dahulu, isu ini lebih banyak diperkatakan oleh para saintis, namun isu
perubahan iklim kini sedang menjadi perbualan hangat semua orang. Masalah ini
bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada alam sekitar malah manusia juga
bakal menerima ancaman yang sama.
Perubahan
iklim adalah perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh
masa dari berdekad ke berjuta tahun [Wikipedia]. Masyarakat sering mengaitkan
iklim dengan suhu dan perubahan iklim dikaitkan dengan perubahan suhu muka bumi
yang semakin meningkat. Namun, kelembapan, angin dan musim juga sebahagian
dariapada iklim dan sedang mengalami perubahan dari masa ke masa sama ada kita sedari
ataupun tidak.
Pada
masa ini, seluruh dunia sedang mengalami perubahan iklim. Isu yang paling kerap
sampai ke telinga kita sudah pasti pemanasan global. Tidak perlu dinyatakan di
sini kesan dan punca pemanasan global. Sudah pasti pembaca boleh mengakses
sendiri mengenainya di pelbagai laman web, malah terdapat juga pelbagai artikel
yang dikongsi di laman sosial Facebook.
Tapi
kadangkala kita sebagai manusia memandang enteng mengenai masalah dunia seperti
ini. Apabila dikatakan masalah dunia, ini bermakna seluruh penghuni dunia tidak
kira di Amerika, Kanada, Jerman, Jepun, Malaysia, Uganda, Fiji atau di ceruk
mana sekalipun, patut sama-sama berganding bahu untuk menghadapinya.
Imbas kembali, pernahkah
anda makan gula-gula sambil berjalan-jalan di bandar? Di manakah anda membuang
kulit bungkusan gula-gula tersebut? Pernahkah anda melihat plastik bungkusan
makanan yang bertaburan di atas tanah? Orang yang membuang plastik itu tidak
sopan, bukan? Kemudian, apakah yang anda lakukan dengan plastik itu? Pernahkah
anda meminum minuman tin dan ketika anda ingin membuang tin minuman tersebut,
tiada tong sampah di sekeliling anda? Apa yang anda lakukan dengan tin
tersebut? Tinggalkan di situ? Campak ke tepi jalan?
Segalanya
nampak remeh. Tapi perkara yang remeh itulah yang sebenarnya menjadi punca
kepada perubahan iklim pada bumi. Perubahan iklim berlaku secara
perlahan-lahan. Kita mungkin tidak sedar bahawa perubahan iklim sedang berlaku.
Dan mustahil hanya kerana satu kulit pembungkus gula-gula yang kita buang di
tepi jalan mampu menyebabkan pemanasan global atau apa sahaja yang akan
mengubah iklim dunia. Namun, mari renungkan dan fikirkan. Andai ada sepuluh
orang dalam sesebuah bandar yang membuang kulit pembungkus gula-gula ditepi
jalan, bagaimana dengan sepuluh bandar lain yang berada dalam negeri anda?
Bagaimana jika dicampur dengan bandar-bandar di dalam negeri-negeri lain di
dalam negara anda? Itu belum termasuk di ratusan negara lain di dunia ini.
Bagaimana jika ia berlaku dalam sepuluh hari? Seratus hari? Dapat anggarkan?
Sekarang
kita tidak perlu untuk fikirkan jumlah yang tepat bagi bilangan kulit
pembungkus gula-gula yang telah dibuang di tepi jalan. Juga sudah terlewat
untuk kita mencari atau mengutip satu per satu kulit pembungkus gula-gula atau
apa sahaja yang telah kita sumbangkan kepada pencemaran alam. Apa yang perlu
kita lakukan adalah cuba untuk berfikir dan bertindak untuk tidak lagi
mencemarkan bumi yang sudah sedia tercemar.
Segalanya
tidaklah begitu sukar. Menanam pokok-pokok hijau untuk udara yang lebih baik,
jika tidak tahu, banyak buku-buku yang bisa membantu. Betapa banyak tukang
kebun yang mustahil kedekut untuk berkongsi ilmu. Membuang sampah ke dalam tong
sampah. Adakah begitu sukar untuk mencari tong sampah? Atau tidak tahu apa itu
tong sampah?
Pokok
pangkalnya dari hati. Kesedaran kendiri yang sangat kurang serta sifat egois
yang terlampau menggunung dalam diri setiap warga sangat terserlah sehingga
kerja yang mudah menjadi sukar. Akhirnya, anak-anak menjadi mangsa. Keindahan alam
diperkosa, bumi semakin hampir ke hujung nyawa. Ingatlah bahawa dunia bumi kita
untuk anak-anak kita. Bumi ini yang telah banyak memberi jasa kepada kita walau
dalam apa jua keadaan sekalipun, jadi mengapa kita begitu malas untuk mengasihi
bumi yang pemurah ini walau sedikit? Renung-renungkan.
Baca lebih banyak mengenai Perubahan Iklim di laman berikut:
Baca lebih banyak mengenai Perubahan Iklim di laman berikut:
Artikel disediakan oleh:
Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
Calmacrews Lestari
IPG Kampus Gaya
Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
Calmacrews Lestari
IPG Kampus Gaya
No comments:
Post a Comment