Wednesday 15 February 2012

Persediaan Papan Kenyataan iGayaEARs


     Bagi memudahkan pelbagai maklumat dan informasi disampaikan kepada seluruh warga IPGK Gaya, pihak iGayaEARs telah menyediakan sebuah sudut informasi yang diberikan nama 'Sudut iGayaEARs' yang terletak di cafeteria IPGK Gaya. Sudut ini mengandungi sebuah banner kempen iGayaEARs dan juga papan kenyataan.


     Selain untuk kegunaan pihak iGayaEars, papan kenyataan ini juga terbuka kepada mana-mana organisasi yang ingin mengiklankan sebarang informasi kepada warga kampus. Dengan adanya papan kenyataan ini, iklan-iklan tidak lagi ditampal di dinding cafeteria atau dewan yang akan menyebabkan kerosakan pada dinding tersebut.


     Cafetaria telah dipilih untuk menempatkan sudut iGayaEARs kerana cafeteria adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh setiap warga pada setiap hari terutama pada waktu rehat. Maka, segala informasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan efektif.


     Dengan wujudnya sudut yang telah disediakan oleh para sukarelawaan iGayaEARs ini, diharap kesedaran daripada seluruh warga semakin meningkat dari hari ke hari dan terus menyokong perjuangan iGaya EARs.



Para sukarelawan sedang bertungkus-lumus menggantung papan putih di sudut iGayaERAs.

iGayaEARs!! Antara sukarelawan ya g terlibat semasa menyediakan sudut iGayaEARs.


MANTAP! Berpuas hati dengan hasil kerja.

Artikel oleh: 
Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
Sumber Gambar:
Facebook iGayaEARs


1 comment:

  1. Lets support Earth Hour | 31 March 2012 | 8:30PM – 9:30PM | PLEDGE NOW http://readmore.says.com/recommendations/wwf-earth-hour2

    ReplyDelete