Wednesday, 15 February 2012

Gaya Hidup Lestari

Gaya hidup lestari adalah cara hidup lestari yang membabitkan pengaplikasian dan penghayatan minda lestari dalam semua aktiviti kita seharian.
Pendek kata, segala perbuatan kita dalam kehidupan seharian  yang membantu mengurangkan beban kepada alam sekitar dan tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem dan pemuliharaan flora dan fauna.
 Sebagai pelajar kita boleh mengambil beberapa amalan yang mudah untuk dipraktikkan bagi pelestarian alam sekitar.
1) SAY NO TO PLASTIC BAG! Jangan gunakan beg plastik kerana ianya memakan masa beratus tahun untuk mengurai dan reput. Gunakan bakul atau beg sendiri ketika membeli belah. 

2) Belilah produk teknologi yang MESRA ALAM yang diiktiraf

3) Belilah barangan yang mempunyai bahan pembungkusan yang boleh di KITAR SEMULA 

4) ASINGKAN SAMPAH mengikut jenis (kertas, kaca dan logam).

5) BERJIMAT dalam menggunakan sumber air, tenaga dan bahan bakar, menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar serta menggunakan teknologi bersih dan juga mesra alam.
p/s:
Jom amalkan gaya hidup yang lestari kerana ia menggambarkan kita bersopan atau beretika dengan bumi.

sumber: 
Gaya Hidup Lestari oleh 
Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Naib Canselor 
(Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia


disediakan oleh:
Ct Nurulyna

No comments:

Post a Comment