Wednesday, 15 February 2012

Pencemaran Asap Kenderaan dan langkah terbaik menanganinya

         Berapa ramai manusia yang mampu hidup tanpa kenderaan. Kalau dahulu kenderaan dianggap sebagai suatu kemahuan tetapi tidak lagi pada masa kin. Kenderaan merupakan suatu keperluan dan dianggap sebagai buatan manusia yang paling penting. masakan tidak, manusia perlukan kenderaaan untuk berulang alik dari satu tempat ke satu tempat.

     Namun seiring dengankeperluan, kenderaan samada petrol ataupun diesel dilhat semakin banyak meluncur laju di atas jalan raya. Kereta sudah dianggap PERLU ADA bagi sebuah unit keluarga, dan dari kenderaan itu jugalah asap dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan pencemaran udara

    Pencemaran udara merupakan suatu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zaharan, atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar ke dalam atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif


    Oleh itu, bagaimanakah kita sebagai pengguna bumi boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan asap kenderaan  ini seinima mungkin?

   Cara terbaik ialah menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan sebagainya. Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja.  Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan.

   Selain itu, kebanyakan pengeluar syarikat kereta juga kini sedang giat membangunkan kenderaan solar yang berfungsi untuk bergerak tanpat menggunakan petrol/diesel dan hanya menggunakan tenaga suria. 



 Bersama kita mengurangkan penggunaan kenderaan..=)



6 comments: