Tuesday 14 February 2012

Pertandingan Mencipta Logo IPG Lestari

     Alhamdullilah, hasil usaha rakan di dalam Calmacrews, kami telah mengambil peluang untuk mengikuti pertandingan mencipta Logo untuk IPG Lestari ... Pertandingan yang sihat ini setidak-tidaknya memberi peluang kepada para guru pelatih menyumbang idea mereka sekreatif mungkin dalam mencipta logo yang menarik dan sesuai serta mampu menyampaikan mesej-mesej dalam program ini. Logo ini adalah ciptaan asal Mas Afiezul Zarien bin Masnon dan dibantu oleh rakan-rakan Calmacrews yang lain. 
   
    Definisi bagi setiap maklumat di dalam logo ini boleh dilihat di bawah


Definisi dan makna simbol yang terlibat dalam logo

  1.  Visi IPG Lestari ialah IPG Pemangkin Masyarakat Lestari
  2. Kesemua elemen 9 tema Kampus IPG Lestari dirangkumkan di dalam satu logo bagi membentuk logo IPG Lestari
  3. Bumi mewakili keamanan sejagat manusia serta kesedaran yang tinggi  terhadap kelestarian alam dan betapa pentingnya menjaga bumi kita agar persekitaran kita sentiasa terpelihara
  4. Lingkaran berwarna biru melambangkan kelestarian budaya , dan gaya hidup yang harmoni diamalkan dalam gaya hidup IPG
  5. Bunga hijau 3 kelopak membawa maksud 3 suku kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India dan pemilihan bunga itu sendiri membawa maksud bersatu padu dalam memastikan alam persekitaran sentiasa terpelihara.
  6. SIllhoute berbentuk manusia membawa pengertian warga pendidik yang berjaya serta melambangkan persekitaran kampus yang berkesan melalui program IPG Lestari
  7. 5 helai daun di sebelah kiri mewakili
  • Warna biru dan perlambangan air
  • Warna jingga dan perlambangan matahari yang bermaksud sumber tenaga yang boleh diperbaharui
  • Warna ungu dengan gambar kitar semula yang membawa maksud menggalakkan penggunaan bahan terbuang dan kitar semula.
  • Warna merah dengan lambing 21 yang membawa maksud Local Agenda 21 iaitu suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan
  • Warna hijau dengan lambang tanda seru yang terbalik seolah-olah bentuk ekzos yang membawa maksud adanya kesedaran sivik mengenai penggunaan bahan merbahaya daripada sistem pengangkutan yang boleh merosakkan kehijauan bumi kita.
  • Gambar tumbuhan dan pokok di bawah sebelah kanan membawa maksud perlunya kita memelihara alam sekitar dan biodiversity
  •  Warna tona biru merupakan warna tema bagi logo ini seiring dengan logo IPGM manakala warna hijau merupakan warna tona minor agar menunjukkan kepekaan mengenai alam sekitar.

p/s : Keputusan bagi pertandingan mencipta logo ini 
masih belum diberitahu. sama-samalah kita 
mendoakan agar logo ini terpilih. Insyaallah



No comments:

Post a Comment