Saturday 18 February 2012

Suara Kami Untuk iGayaEARs

Pada 17 Febuari 2012, Jumaat bertempat di Dewan Utama IPG Kampus Gaya telah berlangsung satu lagi aktiviti sempena Program Lestari IPG Kampus Gaya anjuran iGayaEARs iaitu pertandingan kod janji atau sorakan untuk menyokong Program Lestari yang dijalankan. Ramai yang bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan pelbagai aksi menarik sepanjang pertandingan dijalankan.

Gambar di bawah antara yang menarik sekitar pertandingan berlangsung.

Mendaftar

Pengerusi iGayaEARs

Taklimat
Khusyuk mendengar taklimat

Berbisik strategi dengan ahli kumpulan
Seragam

Serius: juri komited

Semangat berkobar-kobar

 
Berdisiplin


Aksi comel turut dipersembahkan
Berbaju kurung tetapi semangat tetap tinggi

Gaya tersendiri

Contoh terbaik senior Bed. Tesl

Sayang Bumi

Untuk pengetahuan anda terdapat 8 kumpulan yang telas disenaraipendekkan untuk menyertai Pertandingan Akhir Sorakan yang akan dijalankan pada 27 Febuari 2012 (Isnin) jam 4.30 petang di Dewan IPG Kampus Gaya. Berikut adalah peserta yang layak ke peringkat akhir.
1.PISMP M3 Sem 3
2.PISMP TESL Sem 3
3.PISMP BM Sem 3
4.PPISMP M3 Sem 2
5.DPLI Amb. Khas TESL Group2 Sem1
6.PPISMP TESL Group2 Sem 2
7.PPISMP TESL SJCK
8.PISMP TESL Group2 Sem 1
Akhir kata terima kasih atas penyertaan anda. Tahniah kepada yang tersenarai ke peringkat akhir. Semoga anda berjaya. Kepada yang tidak terpilih sila cuba lagi Tahun hadapan dan diharap anda tetap terus menyokong Program Melestarikan IPG Kampus Gaya.

sumber gambar: iGayaEARs


Laporan disediakan oleh:
Nur Afiqah Binti Azhar

No comments:

Post a Comment