Wednesday 29 February 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. CALMAcrews merupakan nama satu kumpulan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Matematik Ambilan Januari 2010 di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Atas dasar sokongan terhadap pembangunan, kemajuan dan kelestarian IPG, kami mengambil inisiatif untuk membina sebuah blog iaitu IPGK Gaya Lestari bertujuan untuk memberikan seberapa banyak maklumat mengenai Program Lestari anjuran institut ini secara amnya dan menyebarkan maklumat secara khasnya. Maklumat tidak tertumpu kepada penulisan ilmiah semata-mata tetapi juga apa sahaja aktiviti terkini berkaitan program Lestari IPG yang sedang giat dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 


Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli CALMAcrews yang terdiri daripada:
 
  1.     Nur Afiqah binti Azhar
  2.     Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
  3.     Mas Afiezul Zarien bin Masnon
  4.     Siti Nurul Amalina binti Mahian @ Nordin
  5.     Nurhafizah Fatin binti Mohd Hamsan

     Berikut adalah sedikit maklumat mengenai IPG Lestari (Eco-Institute) :

     Program Eco-School telah dilancarkan pada tahun 1994 oleh Yayasan Pendidikan Alam Sekitar (FEE). Kini pelaksanaan Eco-School telah merangkumi di lebih dari 35 000 buah sekolah di seluruh dunia (pada Disember 2009).
     Dengan kerjasama IPGM dan WWF Malaysia, program IPG Lestari (Eco-Institute) telah dilaksanakan di semua IPG Kampus dengan mengadaptasi program Eco-School tersebut. program IPG Lestari berperanan dalam menggerakkan seluruh warga kampus dalam memberi pendedahan kepada para bakal pendidik untuk memainkan peranan yang aktif dalam membuat keputusan dan dalam komuniti kampus. IPG Kampus yang berjaya mencapai matlamat tersebut akan dianugerahkan Green Flag (Bendera Hijau)- satu Eco-Label yang berprestij yang dianugerahkan kepada IPG yang komited dalam pengalaman gaya hidup lestari yang berterusan.

Video Pengenalan IPG Lestari

* (Ini adalah 'sticky post'. Sila turun ke bawah untuk maklumat terkini)

Saturday 18 February 2012

Suara Kami Untuk iGayaEARs

Pada 17 Febuari 2012, Jumaat bertempat di Dewan Utama IPG Kampus Gaya telah berlangsung satu lagi aktiviti sempena Program Lestari IPG Kampus Gaya anjuran iGayaEARs iaitu pertandingan kod janji atau sorakan untuk menyokong Program Lestari yang dijalankan. Ramai yang bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan pelbagai aksi menarik sepanjang pertandingan dijalankan.

Gambar di bawah antara yang menarik sekitar pertandingan berlangsung.

Mendaftar

Pengerusi iGayaEARs

Taklimat
Khusyuk mendengar taklimat

Berbisik strategi dengan ahli kumpulan
Seragam

Serius: juri komited

Semangat berkobar-kobar

 
Berdisiplin


Aksi comel turut dipersembahkan
Berbaju kurung tetapi semangat tetap tinggi

Gaya tersendiri

Contoh terbaik senior Bed. Tesl

Sayang Bumi

Untuk pengetahuan anda terdapat 8 kumpulan yang telas disenaraipendekkan untuk menyertai Pertandingan Akhir Sorakan yang akan dijalankan pada 27 Febuari 2012 (Isnin) jam 4.30 petang di Dewan IPG Kampus Gaya. Berikut adalah peserta yang layak ke peringkat akhir.
1.PISMP M3 Sem 3
2.PISMP TESL Sem 3
3.PISMP BM Sem 3
4.PPISMP M3 Sem 2
5.DPLI Amb. Khas TESL Group2 Sem1
6.PPISMP TESL Group2 Sem 2
7.PPISMP TESL SJCK
8.PISMP TESL Group2 Sem 1
Akhir kata terima kasih atas penyertaan anda. Tahniah kepada yang tersenarai ke peringkat akhir. Semoga anda berjaya. Kepada yang tidak terpilih sila cuba lagi Tahun hadapan dan diharap anda tetap terus menyokong Program Melestarikan IPG Kampus Gaya.

sumber gambar: iGayaEARs


Laporan disediakan oleh:
Nur Afiqah Binti Azhar

Thursday 16 February 2012

Pertandingan Blog IPG Lestari

Pada 16 Februari yang lalu,iGayaEARs telah menganjurkan pertandingan blog. Pertandingan ini adalah untuk mencari blog yang sesuai untuk menjadi blog utama IPG Lestari. Pertandingan ini diadili oleh 2 orang pensyahrah dengan peserta dikehendaki membentangkan blog yang dihasilkan di Dewan Utama IPG Kampus Gaya. PISMP MT Semester 5 telah menyertai pertandingan ini dan menjadi 4 kumpulan akhir yang berjaya ke peringkat akhir.





Wednesday 15 February 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO


Pada 16 Febuari 2012, telah berlangsung penilaian bagi Pertandingan Mencipta Logo IPG Lestari Peringkat IPGK Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Pertandingan ini telah tamat pada 14 Januari yang lalu. Pertandingan ini telah diadili oleh para pensyarah termasuk Dr. Rosmawati (Jabatan Kajian Sosial).


Antara penyertaan yang diterima.


Antara penyertaan yang diterima.


Urusetia sedang membantu para juri.


Antara Juri yang mengadili pertandingan.

disediakan oleh
Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
Calmacrews Lestari
IPG Kampus Gaya




Persediaan Papan Kenyataan iGayaEARs


     Bagi memudahkan pelbagai maklumat dan informasi disampaikan kepada seluruh warga IPGK Gaya, pihak iGayaEARs telah menyediakan sebuah sudut informasi yang diberikan nama 'Sudut iGayaEARs' yang terletak di cafeteria IPGK Gaya. Sudut ini mengandungi sebuah banner kempen iGayaEARs dan juga papan kenyataan.


     Selain untuk kegunaan pihak iGayaEars, papan kenyataan ini juga terbuka kepada mana-mana organisasi yang ingin mengiklankan sebarang informasi kepada warga kampus. Dengan adanya papan kenyataan ini, iklan-iklan tidak lagi ditampal di dinding cafeteria atau dewan yang akan menyebabkan kerosakan pada dinding tersebut.


     Cafetaria telah dipilih untuk menempatkan sudut iGayaEARs kerana cafeteria adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh setiap warga pada setiap hari terutama pada waktu rehat. Maka, segala informasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan efektif.


     Dengan wujudnya sudut yang telah disediakan oleh para sukarelawaan iGayaEARs ini, diharap kesedaran daripada seluruh warga semakin meningkat dari hari ke hari dan terus menyokong perjuangan iGaya EARs.



Para sukarelawan sedang bertungkus-lumus menggantung papan putih di sudut iGayaERAs.

iGayaEARs!! Antara sukarelawan ya g terlibat semasa menyediakan sudut iGayaEARs.


MANTAP! Berpuas hati dengan hasil kerja.

Artikel oleh: 
Mohd Kamalul Ariffin bin Md Alias
Sumber Gambar:
Facebook iGayaEARs


Bekas Makanan ganti Polistrin



Penulis berbangga dengan usaha yang dilakukan di IPG Kampus Gaya ini yang mana semua warga disarankan untuk memiliki bekas makanan masing-masing. Hal ini adalah selari dengan pelancaran Program Tanpa Polistrin yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.

Penulis ucapkan tahniah kepada warga kampus yang berjaya melazimkan diri untuk menggunakan bekas makanan setiap kali ke kafeteria.

Teringat pula zaman persekolahan penulis di sekolah rendah dahulu. Setiap kali waktu rehat, kebanyakan murid termasuklah penulis sendiri akan membawa bekal masing-masing ke kantin.


Polisterin dilupakan, jom beli bekas makanan!

Apa salahnya kalau kita korbankan beberapa ringgit untuk membeli bekas makanan untuk menggantikan polistrin atau plastik makanan. Tambahan pula, bekas makanan itu banyak kegunaannya. 

Selain itu, kawasan kampus kita juga akan bersih daripada longgokan keranda putih yang tidak mesra alam ini serta dapat mengurangkan jumlah sampah sarap yang dibuang ke tapak pelupusan sampah.
 Pengorbanan yang sedikit ini mampu membantu bumi kita sedang sakit tenat ini.

Disediakan oleh:
Ct Nurulyna

Hargai air untuk kehidupan lestari



Air adalah keperluan penting untuk hidup. Bayangkan hidup anda tanpa air? Namun tidak semua, air digunakan oleh manusia. Air perlu dijaga dan dirawat agar selamat diminum.Air adalah prasyarat penting untuk hidup serta sumber penting untuk ekonomi. Ia juga memainkan peranan penting dalam kitaran iklim peraturan.  

Air dan iklim dan sentiasa berkait rapat. Hal ini disebabkan air bersih adalah sumber yang terhad dan berharga yang perlu bagi mengekalkan kehidupan, memastikan kebajikan sosial dan kemakmuran ekonomi yang mampan, dan kesihatan ekosistem.

          Tekanan air terhadap sumber air telah meningkat kerana pertumbuhan penduduk dengan pembandaran segera sebagai perkembangan ekonomi dan sosial yang telah berubah gaya hidup
Pencemaran air, terutamanya disebabkan oleh kebocoran kumbahan dan buangan kimia, telah membuat air bersih komoditi yang jarang dan berharga. Oleh itu, perlindungan sumber air adalah salah satu keutamaan perlindungan alam sekitar di seluruh dunia.
 
Berikut adalah beberapa fakta utama tentang air:
  •  Kurang daripada 2% daripada bekalan air di dunia adalah air bersih.
  •   Menggunakan pancuran air (shower) ketika mandi dapat menjimatkan air dunia dalam seminggu untuk membuat 1,000 cawan teh.
  • Alat penyiram taman menggunakan air sama banyak dengan keluarga 4 ahli keluarga dalam setengah jam sehari.

Tahukah Anda?
Permintaan bekalan air semakin meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk. Namun sumbar air mentah semakin berkurangan akibat pemusnahan kawasan tadahan air, pencemaran sungai, kemarau dan pembalakan haram. Ini menyebabakan kuantiti air mentah berkurangan dan kuantiti air mentah berkurangan dan kuantitinya tercemar, dan seterusnya mengakibatkan kos rawatan air yang lebih tinggi.

Apa yang Anda Boleh Lakukan?
Kita harus bertindak melindungi kawasan tadahan air dan sumber air mentah agar dapat menikmati bekalan air yang berterusan pada masa kini dan generasi yang akan datang. Antara tindakan yang boleh kita lakukan ialah;
  • Jangan cemarkan sungai dengan sampah sarap, bahan buangan kimia dan minyak enjin terpakai.
  • Gunakan jenis detergen atau sabun yang boleh dibiodegradasikan.
  • Kekalkan kehijauan alam flora.
  • Laporkan kegiatan pembalakan haram, pencemaran sungai dan sebagainya. 

 Sumber rujukan :
  1. http://eco-schools.wwf.org.my/index.cfm?&menuid=10
  2. http://www.samb.com.my/v1/index.php/bm/pusat-pembelajaran/kesedaran-awam/sumber-air-yang-bersih                                                                                                                                                                      
    Disediakan oleh: Hafizah Fateen