Tuesday 14 February 2012

LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Latar belakang Local Agenda 21 (LA21) :
  • Agenda 21 berasal daria persidangan Earth Summit di persidangan Rio de Janeiro, 1992;
  • Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;
  • Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
  • Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
  • Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk '' Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21''
  1. LA21 ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT (majlis bandaraya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan
  2. Melalui LA21 masyarakat tempatan boleh melibatkan diri utnuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu
  3. Pendekatan asas program ini ialah pendekatan bottom-up, atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dlam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing
  4. Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat scara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan
  5. Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti isu banjir dan sistem perparitan, isu pencemaran alam sekitar, isu pengangkutan dan lalulintas, isu perumahan dan isu sosial dalam komuniti serta isu-isu lain
Manfaat LA21 

  • Sebagai individu
  1. Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda;
  2. PBT yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda;
  3. Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi; dan
  4. Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda 
  • Sebagai persatuan atau syarikat
  1. Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain;
  2. Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak yang berkepentingan lain;
  3. Peluang untuk merancang dan menguruskan pembanunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan PBT;
  4. Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang memberi kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan; dan
  5. Peluang berkhidmat untuk masyarakat
  • Sebagai Wakil Kerajaan
  1. Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan;
  2. Meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua; dan
  3. Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, keberkesanan dan kecekapan, lebih bertanggungjawab dan berwawasan strategik
Kaedah-kaedah Pelaksanaan LA21
  • WAWASAN MASYARAKAT
  1. Membentuk suatu wawasan bersama masyarakat melalui bengkel/seminar
  • USAHASAMA
  1. Menubuhkan Jawatankuasa LA21
  • KAJIAN ISU DENGAN MASYARAKAT
  1. Mengenalipasti isu-isu tempatan berdasarkan wawasan masyarakat yang telah dibentuk
  2. Mengkaji isu-isu berkenaan bersama masyarakat
  • MERUMUS PELAN TINDAKAN
  1. Mendapat persetujuan ramai
  2. Menetapkan objektif, sasaran dan langkah-langkah yang diambil
  • PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN
  1. Melaksanakan pelan tindakan melalui program-program dan projek yang dipersetujui
  2. Memperkuatkan usahasama
  3. Memantau aktiviti dan perkembangan
  • PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS
  1. Menilai petunjuk-petunjuk
  2. Mengumumkan hasil pelan tindakan LA21

Rakan-rakan Usahasama LA21
"LA21: Pembangunan Mampan Melalui Penyertaan"
  • PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
  1. Majlis Bandaraya
  2. Majlis Perbandaran
  3. Perbandaran
  4. Majlis Daerah
  5. Majlis Bandaran
  6. Lembaga Bandaran
  7. Majlis Tempatan
  8. Lembaga
  • SEKTOR SWASTA
  1. Industri
  2. Perniagaan
  • MASYARAKAT
  1. Orang awm
  2. Pengguna
  3. Persatuan penduduk
  4. Professional
  5. Media Massa
  6. Wakil masyarakat lain
  7. Pertubuhan Bukan Kerajaan
  8. Community Based Organization (CBO)
Apakah Peranan Anda ?
  1. Sertailah pertubuhan-pertubuhan, program-program dan aktiviti-aktiviti alam sekitar dna sosial dalam kawasan anda
  2. Hubungilah PBT untuk menyertai program-program alam sekitar dan sosial
  3. Didiklah anak-anak dan kawan-kawan supaya mencintai alam sekitar
  4. Kaitan LA21 dengan Perancangan Bandar dan Desa
  5. Kaitan LA21 dengan perancangan bandar dan desa dapat dilihat pada aspek penyediaan rancangan pemajuan
  6. Seranta bagi rancangan tempatan dan rancangan struktur merupakan penglibatan pihak tempatan secara langsung dalam perancangan bandar dan desa
  7. Pihak awam juga terlibat dalam kawalan pembanunan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT); pihak awam boleh membantah atau menyatakan pendapat terhadap sesuatu pemajuan atau pembangunan di kawasan tempatan berdasrkan alasan yang tertentu
  8. PBT merupakan PBPT bagi kawasan pentadbirannya, oleh yang demikian inimenunjukkan dengan jelas kaitan LA21 dengan perancangan bandar dan desa

No comments:

Post a Comment